Mesin Air Tin / Botol Sejuk
Saiz slot dan Kuantiti Mesin Vending Air Tin dan Botol
NO 1. SLOT CD
Maksudnya berapa pilihan air yang boleh dimasukkan dalam satu-satu masa. Bukan kuantiti. Contohnya Fruit Tree, Seasons, Milo, 100 Plus, Nescafe dan sebagainya.
Minimum slot adalah 20 slot. Yang lain, ada, 25 slot, 30 slot, 36 slot & dan maksimum 42 slot. Berapa jumlah slot bergantung kepada kapasiti sesebuah Vending Mesin Air tin. Makin banyak slot, makin banyaklah air tin dan botol yang boleh diisi dan makin tinggilah harganya. Biasanya, untuk ‘beginner’ disarankan cuba Vending Mesin Air Tin 20 slot atau 25 Slot. Namun begitu, dengan terdapatnya 25 slot, tidak bermaksud kita perlu letakkan 25 pilihan air tin. Sesetengah jenis air tin kita boleh letakkan dalam beberapa slot. Contoh, 100Plus kita letakkan di 3unit slot sebab banyak permintaan. Jenis air apa yang laku (untuk diletakkan banyak slot) bergantung kepada target pembeli tu. Jika di sekolah, air Milo yang laku. Jika di tempat bersukan, air 100Plus yang banyak permintaan.
Untuk mengetahui pilihan air yang mendapat sambutan, lihat pada jumlah air tin yang perlu di’topup’. Jika banyak air tin Milo yang perlu di’replenish’ maka air tin Milolah yang mendapat sambutan.
NO 2. KUANTITI TIN ATAU BOTOL
Untuk setiap slot, jumlah tin/botol yang dapat dimuatkan juga berbeza. Bergantung juga pada column vending mesin air tin tersebut. Vending Mesin air tin yang mempunyai 25 slot, setiap column ada 5 slot. Contoh slot 1 letak air 100Plus. 1slot boleh masuk dalam 15-18 tin sahaja. Then slot 2, akan makin kurang. Maybe 12-15 tin je. Dan begitulah yang seterusnya sampai slot ke-5 . Kemudiannya, slot ke-6 start balik macam slot yang pertama.
Jenis tin/botol juga memainkan peranan. Tin Milo/Nescafe kurus dan tinggi. So banyak la boleh masuk dalam satu slot. Jika 100Plus, standard saiz gemuk dan pendek. Jadinya sedikit sahaja yang boleh masuk. Sama juga situasinya dengan air botol. Air Twister Orange boleh masuk lagi banyak dari botol mineral. Tapi, biasanya 25 slot boleh letak 425 tin dan botol. 30 slot, boleh isi 504 botol dan tin,manakala 36 slot boleh isi 612 tin dan botol dan slot 42 boleh memuatkan sehingga 720 tin dan botol.
Bisnes Mesin Air Tin ini mudah sahaja, rutinnya sangat mudah dan senang. Anda Cuma Beli air, servis, ambil duit ‘collection’ dan kira jumlah duit ‘collection’.